Aku Dan 2012

Baru ada masa nak menulis, tadi pagi saja update quote yang aku letak kat fesbuk. Bayar duit hosting bagai tapi tak update. Bukan busy tetapi malas yang melampau-lampau sebenarnya. Okay lah, dah masuk tahun baru twenty-twelve (2012) nie, mesti kena ada azam baru, cerita baru, plan baru etc. So, aku pun macam tue juga, macam-macam benda bermain kat kepala (tapi bukan kahwin!).

Tahun 2012 nie aku lihat tahun untuk aku menstabilkan ekonomi ataupun kewangan diri sendiri. Hampir setahun atau lebih sejak aku tamat belajar lalu terkontang-kanting dengan alam pekerjaan. Tambah-tambah masa tue baru lagi, nak allocate duit gaji pun tak berapa terer, asyik-asyik sesak jer bila nak sampai hujung bulan. Nak tahu apa-apa yang menarik bakal atau aku rancang sepanjang 2012 nie?

Personal:

  1. Alhamdulillah, starting this moth ada sedikit salary adjustment buat diri ku (skema!). Mula-mula terkejut juga bila tetiba Head Of Deparment (HOD) panggil menghadap. Ingatkan pasal kes-kes yang berlaku sepanjang tahun lepas, takpun attitude etc. Masuk-masuk jer, HOD suruh aku buka dan baca sendiri surat yang bercop P&C kaler merah. Dalam hati bukan main gusar, bila dah buka dan di baca. Senyum meleret sampai ke telinga. Yeah! I got salary adjustment disebabkan prestasi kerja yang ditunjukkan dalam beberapa bulan kebelakangan nie.
  2. Abang aku dah kahwin, ini bermaksud aku akan (memang dah) stay sorang-sorang dan bayar sewa rumah RM400 setiap bulan. HOD aku nie cam tau-tau jer aku akan bayar sewa rumah sendiri. Ini juga bermaksud, pelbagai perbelanjaan yang tak tentu hala haruslah dicantas dan dikawal dengan baik.
  3. Kembali rajin masuk gym setelah foto boroi aku tersebar di kalangan rakan-rakan! Damn, memang memalukan malah menakutkan bila melihat lelaki boroi di dalam photo adalah aku!. Oh, aku cuba peruntukkan paling kurang 30mins for workout. Mungkin seminggu 4-5 kali aku cuba berlari di atas treadmill. Pemakanan pun aku dan kawal sebaik mungkin, pepagi breakfast cereal or minuman berkhasiat. Target aku dalam masa 6 bulan before raya adalah mempunyai ketul-ketul kat perut.

Outdoor Activity 

  1. White water rafting
  2. Hiking
  3. Camping
  4. BBQ
p/s: hope aku boleh buat semua nie dengan kawan-kawan before diorang kahwin..hehee

Backpackers

  1. Yogjakarta
  2. Singapura
  3. Vietnam
  4. Kemboja

p/s: ke Yogyakarta tue aku siap dah buat tentatif but masih mengumpul duit dan tiada sorang pun nak ikut. Maybe pergi sorang diri jer. Untuk ke Singapura nie pula, maybe pergi kejap jer dengan kawan-kawan sebab nak masuk Universal studio jer. The rest, just perancangan kalau ada bajet lebih (target 1 country jer)

Conclusion

Sebenarnya banyak benda aku nak tulis, tapi nanti-nanti jer lah. Nanti hangpa dok kata aku sembang kencang jer. Apa-apa pun, semua yang menarik akan aku tulis kat sini. Watch out!