Mereka Komuniti Tercela

Posted by on Friday,20 August, 2010 in Daily Me

Pernahkah kalian melihat mereka yang tak punyai rumah? Meminta-minta untuk sesuap nasi? Mengendong anak kecil sebagai tarikan simpati? Agak-agak berapa ramai gelandangan di sekeliling kita? Belum pernah aku singgah disebuah daerah yang tak punyai orang seperti mereka. Ya, belum pernah. Komuniti ini sering dipandang serong, memang padan dengan situasi mereka meminta-minta di kota yang besar. Tapi adakah sedikit belas simpati dihati kamu bila melihat mereka?

Orang kata tangan yang memberi lebih mulia dari yang menerima. Tapi, aku pernah membulatkan kata hati agar lebih kejam bila berhadapan dengan situasi ini. Ego aku tinggi bila melintas di sebelah mereka. Namun mampukah manusia itu bila melihat seorang ibu tua duduk bersimpuh ditengah deruan umat manusia di bawah derasnya titisan hujan?

mereka juga manusia

Kelmarin, lewat membeli juadah berbuka di bawah rakusnya hujan. Aku berdiri melihat seorang ibu tua duduk menadah tangan meminta simpati sambil menahan kesejukkan. Ingin sahaja aku menarik ibu itu ke tempat lebih enak sambil memberi makanan yang sedap-sedap untuknya menjamah bila berbuka. Tapi itu hanya angan-angan yang sudah tentu tak kesampaian.

Kata orang, mereka ini milik sekelompok manusia durjana untuk memerah keringat yang ada. Berteduh dibawah satu sindiket yang memperdagangkan manusia, memaksa malah menyeksa mereka agar meminta-minta. Cuba membantu? Maka biru lah mata hitam mu. Kadangkala aku tertanya, mana pergi jabatan khidmat masyarakat? Kemana perginya duit kutipan zakat? Atau ada konspirasi yang lain? Hanya tuhan sahaja yang tahu.

++ moga suatu hari, tanah ini tiada yang merempat ++

32 Comments

  1. ada orang yang bawa diorang tu. ada dalang disebalik semua ini. memang kesian

    • aku pun rasa macam tue…mana mungkin mereka sedaya itu berkeliaran di merata tempat…

  2. kesiannya… berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya..
    zik recently posted..Zikir taubat

    • apa boleh buat..kita hanya mampu menghulur sekupang dua jer…

  3. itulah hikmah berpuasa yang kita tau kita merasakan kehidupan sekiranya orang yang miskin dan menahan lapar…insyallah..rakyat malaysia ni dikatakan pemurah

    “Lawak Antara Benua oleh Kartunis Lambok”

    • yup…segala yang tersirat..nampak di bulan mulia nie…

  4. kita jadi serba salah.. kalau tak ada dalang, takut pula macam kes macam post yang aku commentluv kan ni… siapa yang salah sebenarnya???hmmm
    mrnamie recently posted..Orang cacat yang menipu di Maybank Melaka

    • seba salah yang membuatkan aku sedikit ego..ingin membantu tapi takut di tipu…

  5. aku pun baru notice start petang tadi dah ada gropu pengemis bangsa asing dok minta sedekah bawa budak2 kat area pasar ramadan tempat aku..mesti kerja sindiket ni
    etomyam recently posted..Asal Usul Roti John

    • hah yang bangsa asing pun ada..tue yang aku rasa sangsi dengan sistem kita nie…

  6. Entah la bro..Kita melihat kesian..
    Tapi ada sahaja perasaan ragu2 seperti ditipu..
    Nak hilangkan daripada perasaan tu..
    hulur je la walaupun sedikit..
    Daripada perasaan serba salah menyelubungi diri..
    Pejuang Kesenian Extreme recently posted..lukisan menakjubkan daripada pensil

    • that why aku selalu bawa duit syiling bila nak keluar rumah…kadang2 tak sampai hati nak ignore diorang tue…

  7. Soklan yang baik pasal duit zakat…dan satu lagi nape tak wajibkan zakat ke atas orang Islam? income tax buat optional
    adamfaiz recently posted..Tanda Kiamat Yang Sudah Kelihatan

    • hurm…sedikit saya nak betulkan tulisan saudara..harap maaf kalo tersalah…

      sefaham saya..zakat itu wajib dikeluarkan kepada setiap orang Islam..untuk lebih jelas lagi..kena rujuk hal nie dengan bijak pandai…saya ilmu ttg agama mmg sangat kecil…

      atau mungkin saya tersilap terjemah tulisan saudara…apa yang saudara cuba sampaikan mengapa ramai tak mengeluarkan zakat dan mengapa tiada susulan undang2 ke atas mereka..jika itu yang saudara maksudkan..jawapannya mudah..income tax pun ramai yang lari..apatah lagi hukum tuhan…

      selamat berpuasa..kalo salah sila tunjukkan jalan…

  8. yang kasihan kalau ada orang yang mempergunakan diorang untuk buat macam tu..
    kulanz recently posted..Dapat 1st Assignment daripada ChurpChurp

    • yup…manusia makin lama makin jaht…sampai hati depa ambil kesempatan

  9. kita dah dgr tentang sindiket mempermedagangkan manusia berjaya ditumpaskan. Kenapa sindiket pengemis ni tak ditangkap2 lagi..atau aku yang tak perasan. Sekrg ni semakin menjadi2 lak.Taulah bulan puasa. Org islam lebih pemurah daripada biasa
    ila-ali recently posted..Rintihan Pakistan

    • tak pernah plak dengar sindiket pengemis di banteras…munkin kes terpencil..pihak berkuasa rasa depa nie tak mengancam ape2 kot…

  10. Salam.
    Masa turun kat KL haritu pernah nampak dorang ni di bawak oleh kereta beramai-ramai. Ada juga orang buta yang bagi hasil kutipan dia kepada seseorang. Duit seringgit-seringgit yang dia dapat tu ada lebih kurang dalam 1000 keping. sebab dia dah siap ikat seketul2 besar. Time tu di jalan Tuanku Abdul rahman jam 11 pagi.
    zezebel recently posted..Some men not a gentleman

    • selallu mmg macam nie…ada yang menghantar dan menjemput..mmg ada dalang yang uruskan mereka nie

  11. nk derma ke xnak..ssh jgk kan…yer lah takut sindiket ke pe

    kalo ak nk derma, aku tgk keadaan n inisiatif org tu…betul ke dia xberkemampuan? inisiatif dia bkn hnya skdr meminta2 tp mjual gak lah, mcm org buta slalu jual tisu…

    tpdiorg pun jgn memaksa lah org beli
    ann recently posted..Lebih glamor dengan kes cerai

    • aku selalu derma bila ada yang men muzik etc..bagi aku..depa tue berusaha juga..so aku tak anggap itu derma…kira bayaran tuk mereka menghiburkan suasana…

  12. diorang jadik masa sindiket…ada yang bawak diorang pergi mintak sedekah…kesian pulak..hurm.
    cik tom recently posted..Aku nak muntah tengok blog ko!!

    • macam mane ek makan minum diorang? dah lah kena buat kerja macam tue…life diorang mesti teruk gak kan…

  13. kadang kadang takot nak bagi sedekah kat orang macam ni, ye la, kalau bagi, kang duit tu bukan dapat kat dorang, sindiket punya pasal. kesian kat dorang. T_T
    so yang terbaik, sedekah makanan suruh dorang makan sementara tengah lapar lapar tu.
    ketingting recently posted..jangan carut

    • confirm mmg tak akan dapat kat diorang…mmg sindiket akan sapu punya…

  14. kesian melihat mereka yang menjadi mangsa sindiket..
    dah rasa kesian hulurkan sedekah..tapi itula.. tak dapat bezakan yg mana betul atau tidak..
    Mr.Z recently posted..Pentingkan Kesihatan Dalam Pemakanan

    • tue lah pasal…sampai kita pun keliru nak menderma..terlampau banyak sangat…

  15. memang ada sindiket dia…aku selalu gak nampak ada orang yang datng jmput pegemis2 ni..cara terbaik kita bagi makan jer..
    hanif recently posted..Jalur Gemilang Sudah Berkibar Di Blog Ini

    • kenapa mereka dibiarkan berleluasa? tue yang aku masih tak faham dengan pihak berkuasa…

  16. nak tolong silakan lah. Tapi mostly yang aku pernah nampak, diorang ni bukan rakyat malaysia. jadi logik akal aku mengatakan mereka tak layak mendapat bantuan dari badan-badan kebajikan di malaysia.

    lagipun, keberadaan mereka dekat malaysia itu sendiri dah cukup untuk mengundang rasa suspicion

    • hurm betul juga tue…ramai dari mereka bukan warganegara kita..nak tolong kang dikatakan susukan kera di hutan~

Trackbacks/Pingbacks

  1. myebuzz.net - Mereka Komuniti Tercela... kais pagi makan pagi hanya untuk sebutir nasi mereka hidup dalam ketakutan..dihina kerana tak punyai apa-apa...
  2. Review Bulan Ogos HardFever.com - [...] http://www.hardfever.com/personal/muhasabah-diri/mereka-komuniti-tercela/ [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge