Ceritera Kentut

Asal sembang pasal kentut, ramai tak mahu mengaku kentut diorang busuk mahupun mengaku mereka si pengentut itu bila keadaan yang tenang dicemari oleh gas-gas beracun. Aku rasa lah kan, hanya kentut baby jer orang leh terima kentutnya. Kalau laki-laki yang terkentut, maka musnah lah kehidupan beliau selama seminggu dek menjadi bahan kutukan member sepermainan. Kalau gadis yang terkentut dan kantoi, macam mana pula? Gila horror!

Kentut nie kadang-kadang boleh dijadikan bahan gurauan bagi mereka yang selamba badak. Sebagai contoh, member aku kat atas nie. Depa nie jenis kentut kat muka, takat tekup tapak tangan sendiri then tekup kat muka member dah kira pesen tua ganyut tak sedar diri. Pesen depa  nie lain sikit, kalau tak dapat posisi sesuai kentut kat muka, amik tangan member letak kat ponggong pun boleh jadi kaedahnya. Tak ke bangsat tangan kau tetiba kena tarik then diletakkan baik punya kat ponggong member yang menarik, dah tue dia siap bagi angin sedas dua. Kalo kena bunyi crett..crett.. tak ke naya?!

Kat opis pun ada pesen keji kentut secara membabi buta. Pesen opis mate aku sorang nie memang kategori minta terajang kat celahan ponggong beliau. Beliau suka kentut dalam lif, tak kira saat masuk atau keluar. Paling gampang, time baru masuk lif then pintu dah tutup. Sesak nafas! Kali nie dia tukar modus operandi baru, masa keluar dari lif dia kentut then blah. Sesiapa yang masuk selepas kami tue, sure merana sepanjang hari.

Tetiba teringat kembali kisah sadis beberapa tahun yang lalu, saat aku tegap berdiri dengan M16 tersisip dirusuk kanan. Hari itu, entah hari apa pun aku tak ingat. Saat kami semua para Mat Terap bermandi peluh berlatih kawad sempena siri pentauliahan diRaja di UKM. Waktu itu aku berdiri barisan ketiga, di kiri kananku teguh berdiri rakan-rakan seperjuangan. Bezanya ada antara kami berlainan perkhidmatan. Ada makwe-makwe segak di dalam team kami. Ada yang dari Navy, Airforce dan juga Army. Dengan raut wajah lesu, bibir pucat dan peluh mencurah-curah ke ladang gandum. Ingin saja aku pengsan ataupun sawan babi agar dapat mengelat dalam latihan ini. Nasib baik ramai makwe, walaupun hitam tetap manis dipandang. Untuk makluman, ada sorang makwe nie, segak kan main. Kulit maintain cerah walaupun dah berhari-hari kena sinaran mentari. Kira beliau antara makwe pujaan waktu itu.

“ru…sukkkkk..senjata”   Prap!

“Juu..lannggg senjata”  Prap!

“Tuuu..run.. senjata”    Prap! Prooot!

Okay, bunyi yang last tue memang aneh! Tiba-tiba ia datang tanpa diundang, muncul tanpa salam. Keadaan yang hening tiba-tiba menjadi riuh secara terpimpin, ada yang tersengih, ada yang gampang ketawa penuh kejam.

Agak-agak korang siapa gerangan tuan empunya kentut tadi? Sampaikan salamku kepadanya dengan ucapan, “kentut awak sweet sangat!” miyahaha~

Recent Related Posts

4 thoughts on “Ceritera Kentut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge