Bisnes Tunjuk Perasaan di Indonesia

Menurut berita yang disiarkan oleh Tv3 sebentar tadi mengenai isu protes dan keliaran segelintir rakyat Indonesia terhadap negara ini menarik perhatian aku. Kononnya, mereka yang terlibat dalam keseluruhan proses tunjuk perasaan, bakar bendera dan melempar najis ini adalah kumpulan yang telah dibayar khas untuk aktiviti keji ini. Senang cerita, wujudnya sebuah bisnes yang menawarkan perkhidmatan sebagai penunjuk perasaan di sana.

Tambah menarik seperti yang dilaporkan oleh berita Tv3 sebentar tadi, sebuah kampung yang rata-ratanya tersepit oleh garis kemiskinan yang teruk bersedia menjadi pak sanggup melakukan onar asalkan menerima bayaran yang belum tentu setimpal malah memalit imej persaudaraan antara dua negara yang berjiran ini. Menurut salah seorang penduduk desa tersebut, rata-rata penunjuk perasaan ini akan di bayar sebanyak RP40,000 yang hampir RM15 jika di convert ke matawang negara kita. Menurut pemberi maklumat itu lagi, selain ganjaran wang ringgit, penunjuk perasaan juga diberikan nasi bungkus sebagai ganjaran lain atas kesedian mereka berjuang sambil menyanyikan lagu Maju Tak Gentar bagi menaikkan lagi semangat ahli yang lain.

Apa yang aku nampak menerusi laporan yang dibentangkan oleh pihak TV3 adalah mengenai kewujudan penunjuk perasaan dari negara jiran terhadap kedaulatan negara kita adalah berpunca dari “tangan-tangan tersembunyi“. Masa aku bergiat aktif dengan saluran muzik bawah tanah, istilah tangan-tangan tersembunyi cukup popular di Indonesia di mana kapitalisme menghukum orang kecil, menjerat golongan petani dan membinasakan perjuangan untuk terus hidup. Mereka ini (tangan-tangan tersembunyi) terdiri daripada golongan-golongan pemerintah dan orang-orang kaya yang mengambil kesempatan keatas mereka yang sentiasa tersepit oleh faktor kemiskinan.

Tapi aku masih lagi rasa sangsi soal kewujudan aktivis tunjuk perasaan yang telah dibayar ini. Adakah memang benar mereka hanya jadi pak turut setelah disogok oleh wang ringgit dan sebungkus nasi? Atau memang benar disetiap sudut dalam hati bangsa Indonesia itu ternyatanya memang ada yang membenci tetangga mereka Malaysia?

++ barat terus tertawakan kita ++

Recent Related Posts

31 thoughts on “Bisnes Tunjuk Perasaan di Indonesia

  1. Pingback: IMCurtain.com

  2. Pingback: myebuzz.net

  3. hmm.. logik gak kebanyakan mereka2 nih “dibayar” dan juga logik segelintir rakyat sana “kurang senang” dengan “jiran tetangga” mereka.. Bencana alam sering “singgah” Indonesia sebagai amaran Allah namun situasi mereka tetap x berubah..

    –> Barat memang kejam.. tp Timur lebih kejam sebab gemar perang saudara.. -_-”
    kyo_9 recently posted..独立記念日 Independence Day

    • yup…perang saudara/dingin kebanyakannya di sebelah timur…kebanyakannya disebabkan oleh fahaman/ideologi yang berbeza…

      contoh terdekat korea utara/selatan

  4. kalo dh miskin, demi sesuap nasi sanggup wat pe jer..n mybe jgk de ahli politik yg cuba keruhkan suasana utk dptkan perhatian sbnrnya

    tp aku br je wat report ‘group ganyang malaysia’ kt fb
    ann recently posted..Kucing balas dendam

  5. manusia sukar dijangka sikapnya…sanggup buat ape sj demi kepentingan…dlm hal ni..demi RM15 dan sebungkus nasi..manusia ini menjadi pak turut..tidak sedar akan kesan perbuatan mrk…mula la naik bengang walhal diorang ni xpaham pe pun….

    • nak cakap diorang diuji tuhan akibat dosa-dosa mereka..tak leh juga..kemurakaan tuhan bukan kita tau..semoga kita dan mereka yang beragama Islam dijauhkan dari segala bala..

  6. siot tol perangai.
    yang aku tau kat indon, mmg ada diskriminasi.
    yg kaya, kaya gila, yang miskin, miskin sgt.
    sampai kena tekan.

    mungkin dlm hal ini, yg kaya cuba ambil kesempatan.

    • macam tue lah mainan dunia…
      kalo satu hari nanti negara kita kena serang..yang miskin2 nie lah yang akan pertahankan negara..yang kaya kemas barang cabut pi tempat len…

  7. tapi x patut la sampai bakar bendera kebanggan kita…rasa tercabar kedaulatan negara kita bila bendera kemegahan kita di pijak,dibakar, dilumur najis…alhamdulillah kita masih ada sifat bersabar n bertamadun…xperlu nak balas balik apa mereka buat…tapi persoalan nya sekarang sampai bila kita nak bersabar….entahla

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge