Cut my veins open and I bleed LIVERPOOL RED! #YNWA

Cerita Sebelum Tidur: Duit

Posted by on Wednesday,16 November, 2011 in Daily Me | 0 comments

Dalam simpanan lu orang ada berapa duit? Aku ada RM100 jer, itu yang aku mula simpan bermula dari bulan ini. Kerja dah setahun, baru terhegeh-hegeh nak menyimpan. ASB dan lain-lain tue tolak tepi, itu bukan boleh buat cash serta merta. Tabiat menyimpan ini bermula setelah sesi diskusi sambil bekerja. Kata orang, sambil buat kerja sambil berbual kosong boleh meningkatkan nilai produktiviti.

“bai..lu kahwen dulu berapa duit?”

“hantaran 12 ribu..tue belum itu ini”

beberapa minggu lepas….

“bai..lu dah keja lama kan? dah berapa banyak saving lu ada?”

“duit talak…hutang banyak”

Sekali lagi aku termenungeng~

Read More

Tragedi Oktober

Posted by on Monday,31 October, 2011 in Isu Semasa | 2 comments

Lama tak menulis, baru jer entry lepas beria-ria nak menulis balik dengan lebih ghairah. Rupa-rupanya, hangat-hangat tahi ayam kaedahnya. Terus kepada tajuk entry kali ini, banyak perkara dah berlaku sepanjang bulan Oktober. Dari kisah orang-orang kebanyakan sehingga melanjut ke kisah luar negeri. Itu belum lagi kalo kita sentuh soal dunia sukan dan lain-lain. Ini beberapa kejadian, peristiwa yang menjadi titik sejarah dalam diri seseorang, keluarga, bangsa mahupun negara.

Kereta Api Rempuh Lori Tangki di Kota Kinabalu, Sabah (31.10.2011)

Umum dikejutkan dengan peristiwa rempuhan kereta api milik Sabah Railways dengan sebuah lori tangki di Kota KInabalu, Sabah. Rempuhan tersebut mengakibatkan letupan dan asap tebal. Kejadian berlaku kira-kira 5.40pm dan dilaporkan kereta api tersebut memuatkan hampir 200 penumpang ketika itu.

# Pelbagai sumber melaporkan berita ini, ada yang cakap 21 orang terkorban, ada juga menyatakan hanya seramai 6 orang. Apa yang pasti, kejadian seperti ini betul-betul mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. 

Litar Sepang Ragut Nyawa Penunggang Muda

Dunia dikejutkan dengan kemalangan maut di Litar Sepang, Malaysia sempena MotoGP 2011. Marco Simoncelli penunggang jentera pasukan San Carlo Honda Gressini dari Itali itu terkorban akibat kecederaan yang dialami beliau akibat dirempuh penunggang lain ketika terbabas di pusingan kedua.

# Pelbagai versi dan cakap-cakap orang mengenai kemalangan ini. Lebih menyedihkan reaksi para penonton yang agak kurang wajar sewaktu perlumbaan ini dibatalkan.

Kecoh Harga Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Siapa tahu maksudnya? Malas aku nak jelaskan. Sekali lagi, FAM sebuah organisasi yang tidak lagi direstui oleh rakyat jelata dalam mentadbir kemajuan dan keseronokan bola sepak tempatan. Dengan menaikkan harga tiket sebanyak RM50 untuk perlawanan akhir, FAM cuba menjadikan sukan bola sepak tempatan sehebat liga-liga di barat. Mujur ada subsidi, dapat juga penyokong-penyokong temapatan melepak dalam stadium.

# Sekali lagi sukan bola sepak negara menjadi bualan ramai, sama hangat dengan isu klip 3gp..eceh! Kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang dikatakan agak biadap oleh pihak FAM menambahkan lagi rasa benci penyokong bola sepak tempatan yang sentiasa turun naik. 

Read More

Hello World..I’m Back!

Posted by on Saturday,15 October, 2011 in Admin | 0 comments

Wow, hampir 2 bulan aku tak menulis di sini. Penuh comment box dengan spam-spam yang merepek-repek. Banyak benda berlaku, kalau nak tulis pun semuanya bersifat peribadi. Harus mula dari mana?

Ah, lupakan perkara yang sudah berlalu. Harus maju kehadapan, menulis hal sendiri tanpa berfikir tentang yang remeh temeh. Okay, Selamat Pagi!

Read More

Double Merdeka Raya

Posted by on Wednesday,31 August, 2011 in Daily Me | 10 comments

Tiada countdown mahupun letupan mercun bertalu-talu ke udara tepat jam 12am malam tadi. Tue kat tempat aku, tak tahulah kat tempat hangpa nohh. Para bloggerawan masih lagi asyik berhari-raya, makan kuih raya, jalan-jalan raya dan pow duit raya budak-budak kecik.

Kenapa tiada entry pasal merdeka nie? Aku nak menulis pun susah, langsung takda idea nak bermadah helah di hari merdeka. Okay, cut the crap. Kalau tiap-tiap tahun sembang pasal pengertian kemerdekaan sure bosan kan? Benda yang sama diulang-ulang, tak creative langsung.

happy merdeka raya

Tadi jalan-jalan ke blog orang, nak jalan-jalan berhari raya tak dapat. Yelah, member aku ramai dah kahwin dan habiskan hari raya mereka di rumah mentua. Kalau ada pun mesti balik kampung masing-masing. Member baik (chinese) aku pun mungkin bengang hari ini. Call 2-3 kali, SMS dan chat thru fesbuk pun aku tak reply. Dah lah beliau excited berhari raya, aku pula boleh pula layan adik aku assist beliau buat kek blueberry.

Dah melalut lah pula!. Masa blogwalking tue, banyak bloggerawan up entry #Worldless Wednesday. Amboi, tak terkata teman bila tengok hangpa semua melaram dengan baju raya. Tak marah aih, just teman tak jumpa sesapa upload pic raya dengan memakai fesyen Jalur gemilang. Kalau ada, memang dia sangat kacak/cun lah di hari raya.

Okay serious talk! Semalam aku terbaca komen-komen di sebuah blog or mungkin fan page di fesbuk tentang sambutan raya dan merdeka. Ada beberapa individu berbalah mengenai dua perkara ini. Oh mungkin mereka sekadar memberi pendapat dengan hujah yang kasar. Biasalah, dah 54th tahun bai, negara dah merdeka. Apa barang nak berhujah dalam kiasan. Tak makan dalam lah, ye dak?

Soalan: Sambutan Merdeka Agak Suram Disebabkan Aidilfitri?? (diolah supaya mudah hangpa nak faham).

Si Jejaka Baju Melayu: Aidilfitri lebih penting dan kita wajar menghormati hari mulia umat Islam. So, countdown itu ini tak payah buat lah.

Si Gadis Baju Kurung: Kalau Malaysia tak merdeka, tak raya lah hang!

Guys, what do you think? Mungkin korang berfikiran seperti salah seorang individu di atas. Kedua-duanya berhujah dengan kebenaran yang tepat, tapi aku lebih suka si Gadis Berbaju Kurung.

Merdeka…Merdeka…Merdeka!!

Read More

Laporan Khas Aidilfitri

Posted by on Tuesday,30 August, 2011 in Daily Me | 5 comments

Seingat aku, tak pernah lagi bekerja keras bertungkus lumus menyediakan lemang untuk menjadi salah satu juadah Aidilfitri pada tahun ini. Ya, di Sabah pembuatan lemang sebagai juadah berbuka adalah sangat rare!. Hanya sejak dua menjak ini atas kesedaran masyarakat Borneo itu sendiri dan rakyat jelata di tanah semenanjung mula menerima dan berasimilasi dengan budaya kita yang pelbagai. Sebagai contoh, kek batik Sarawak makin digilai masyarakat gagasan 1Malaysia. Kalau dulu aku terpaksa meminta seorang rakan dari sana untuk ‘menyeludup’ pelbagai jenis kek batik kepunyaan perniagaan ibu beliau. Tapi sekarang, dah boleh amik order ya kat sesapa yang pandai buat.

bakar lemang

1. Projek membuat lemang ini tercetus antara adik aku dengan seorang brader dari Nogori. Kalau nak harapkan orang lain, jangan haraplah kan. Bukan depa malas, pembuatan lemang perlu ada pencetus idea dan kerja berkumpulan.

2. Mulanya cuaca agak mencemburui kami, hujan lebat hampir meranapkan projek mega ini. Mujur keberkatan Aidilfitri kali ini, projek ini dapat diteruskan dengan penuh jayanya.

3. Edisi pertama kali ini membabitkan 41 batang lemang selama lebih kurang hampir 3 jam pembakarannya. Kesukaran yang dihadapi seperti keadaan tanah yang basah dan angin bertiup tak menentu kondisinya.

4. Pagi raya, macam biasalah aku juga yang paling lambat bersiap. Kali ini pakai baju baru. Rasa kacak melampau-lampau lah pula.

5. Solat sunat Aidilfitri bermula pada pukul 8am dan berakhir kira-kira pukul 9am. Kat Semenanjung aku dah lupa, pukul 9am kan?

6. Di sini, kaum wanita juga tidak melepaskan peluang menunaikan solat sunat hari raya. Masjid yang besar dan hanya penuh pada waktu solat Jumaat juga menjadi padat.

7. Menu rasmi kat rumah aku, Lontong. Nasi himpit dengan kuah lodeh, macam pelik bukan? Aku tak tahu kalau ada yang buat juadah seperti ini di hari raya mereka. Tapi inilah menu faveret aku bila hari raya dan ia juga agak rare bagi orang tempatan disini. Semestinya, juadah ini sentiasa menjadi pilihan yang datang beraya.

8. Gadis-gadis ramai yang hadir, pelbagai fesyen di hari raya. Rasa bersemangat jer hari raya pertama..miyahaha~

9. melalui risikan yang mantap, rumah aku bagi duit raya sebanyak lima hengget!!. Masyuk woo, malam kang pow bebudak yang mai.

10. Tiada kiriman kad raya (seperti tahun lepas) buat kawan-kawan dan tiada sms raya yang terbalas ketika ini. Busy kan maen!!

++ Selamat Hari Raya Buat Para Pembaca & Pelawat HardFever.com ++

Read More

Entri Ringkas Tapi Pantas Sempena Ramadhan

Posted by on Monday,29 August, 2011 in Daily Me | 3 comments

1. Ramadhan tahun nie aku banyak jimat duit poket sebab makan minum pakai duit gaji sendiri. Kalau dulu-dulu boleh lagi bergantung dengan akaun Pa&Ma.

2. Buka puasa dalam kereta dah macam lumrah, kalau tak kerana jammed mesti disebabkan habis kerja lambat. 100plus dan roti 50sen dah jadi faveret waktu berbuka.

3. Mercun? Bunga api? Last aku sentuh barangan terlarang tue entah bila. Mungkin dah takda geng nak main sama dan harga mercun pun dah boleh tahan mahalnya macam minyak petrol RON97.

4. Tahun nie pakai baju raya baru, mak aku yang belikan. Ini mesti dia bengang setiap kali raya aku suka beli yang jenis macam kain langsir takpun pakai baju raya tahun lepas.

5. Bila dah kerja, baru aku tahu politik nak ambil cuti time raya. Macam-macam alasan dan cabaran bila nak amik cuti. Budak-budak baru selalu jadi mangsa, yang senior style amik cuti macam dah takmau kerja lagi.

6. Balik kampung naik flight, tak pernah pula aku dengar ada yang balik ke sini naik kereta mahupun tonkang. Tiket boleh tahan mahal, nie kes lambat beli tiket.

7. Raya tahun nie, adik aku tak buat kuih raya. Mungkin penat di sekolah dan tak punya masa untuk membeli bahan-bahan. Rasa tenang jer lepas subuh, boleh sambung tidur. Tahun lepas, menderita gila. Asyik-asyik kena beli itu ini, buat itu ini.

8. Aku rancang tahun nie nak simpan misai, bajet nampak dewasa bila jumpa kawan-kawan lama. Tahu-tahu, ramai kawan-kawan aku dah kahwin. Aduyai, ini kes lama sangat kat negeri orang. Banyak cerita terlepas.

9. Oh ya, birthday aku jatuh dalam bulan nie. Sedih kan main buka puasa sorang-sorang kat Subway Wangsa Walk. Lain kali, sila jangan hide birthday reminder kat fesbuk.

10. Zakat fitrah tahun ini aku settle pakai duit gaji sendiri. Mula-mula tue pakat tanya officemate step-step nak bayar zakat, ingatkan susah. Punya excited jumpa amil nak bayar zakat tahun ini, siap gigil masa akad. Lepas bayar seronok kan main bila tahu dapat sempurnakan rukun Islam yang ada.

Read More

Aku Dan Bola Sepak Orang Putih

Posted by on Monday,29 August, 2011 in Daily Me | 5 comments

Semalam adalah hari gembira macam dengar pengumuman hari raya bagi peminat sukan bola sepak padang eropah. Yup, malam tadi adalah malam buat kedua-dua team yang mempunyai pangkal nama yang sama tapi berlainan pengikutnya iaitu Manchester City dan Manchester United.

manu menang besar

Puas hati aku membahan bebudak Arsenal setelah season lepas gagal berbuat demikian. Namun, entry kali ini bukanlah menyambung episode menganjing buat peminat Arsenal tapi lebih kepada menetapkan pendirian.

Siapa yang kenal aku, mesti dah terbiasa bagaimana cara aku bermain bola di padang, futsal mahupun menonton perlawanan bola sepak di kedai Mamak. Aku hanya seorang pemuda yang biasa-biasa, sejarah kelab Eropah pun aku ketahui dari mambaca melalui rujukan-rujukan lama berbanding bro-bro kat luar sana yang membesar sezaman dengan legenda-legenda kelab masing-masing. Bila menyebut tentang liga tempatan, aku bolayan. Aku akui, hanya match Harimau Malaya sahaja aku fokus dan seringkali mata masuk habuk bila Harimau Malaya kehilangan taringnya.

Sebenarnya, takda istilah hardcore mahupun ‘true’ dalam kamus hidup aku. Bagi aku, menonton EPL adalah seperti hiburan di malam minggu berbanding kawan-kawan yang lebih ke arah Night Life yang havoc, crowded etc. Sambil tengok bola kat kedai Mamak, sambil-sambil tangan tue ok tweet itu ini. Kalah menang belakang cerita, janji membahan dan dibahan sebagai tanda kepuasan.

Tapi yang tak seronoknya bila berdepan dengan rakan-rakan yang emo tak bertempat, senang cerita kawan-kawan Man. United. Yezza, aku ramai kawan-kawan yang sokong team Setan Merah nie dan aku tak terkinja-kinja nak sokong sama because I beleive, there is no much fun kalau sokong team yang sama. Mereka ini antara fans-fans yang aku seronok mengapi-apikan, cepat melatah dan mudah marah-marah. Dan malam tadi, ada sorang dua anak-anak ikan Setan Merah cuba membahan team aku, tapi sentap tak tentu pasal. Bunch of losers, team hebat penyokong lembab.

Bosanlah, lepas nie nak usha liga tempatan. Aku ingat nak sokong KL Plus lah, kelab nie ada lagi ke? Aku nak sokong negeri sendiri pun tak boleh sebab kata orang aku tak layak (salah satu alasan nape aku malas nak tengok iga tempatan). Haish, Piala Malaysia start bila?

Read More