Musim cuti sekolah adalah masa yang paling sesuai nak buat kenduri kendara, pergi melancong atau membuta secara istiqamah sepanjang hari. Bagi budak-budak lelaki yang di bawah umur, bila sampai seru untuk di’jawi’kan maka tak boleh lah mereka berfoya-foya like a boss sepanjang musim cuti. Kepada ibu bapa yang malas nak bawa anak mereka pergi bercuti atau sengkek akibat berbelanja secara gila babi berhemah masa perayaan lepas. Eloklah disunatkan sahaja anak anda. Ada alasan untuk mengelakkan bebanan kewangan yang semakin meruncing, ye dak?
Sembang pasal sunat nie agak lucah sikit. Kalau aku ulas lebih panjang, ada pula yang tersipu-sipu malu sewaktu membaca. Bagi yang dah potong, sure senyum like a boss.
Okay, sembang pasal kahwin pula. Selalu jer aku dengar makhluk-makhluk ajaib di muka bumi ini mengungkapkan ayat sadis:
kalo kita pi kawen orang, nanti orang mai kawen kita lak
Bunyi agak sinis dan jauh sekali niat ikhlas meraikan pasangan pengantin. Ayat nie selalu aku dengar bila ber’Insyallah dengan penyampai khabar berita perkahwinan yang bakal berlangsung. Kadang-kadang bengang juga, tak semestinya dalam satu masa tue aku mampu berada dalam dua tempat serentak. Namun begitu, majlis perkahwinan berprofil tinggi seperti kawan baik dan opismate aku baru-baru nie, gagah juga aku turun meramaikan majlis.
Majlis kahwin paling jauh aku pernah pi sejak duduk Kolumpo nie; kat area Lahat, Perak. Dah lah drive sorang-sorang, makwe pun takda. Kalo ada makwe, boleh bawa besenda gurau ke, pelayang kat kawan-kawan ke. Mula-mula ada member dari Kolumpo nak ikut serta tapi tak jadi pula disaat akhir. Ape yang bestnya, both of perngantin adalah kawan lama masa study kat UiTM dulu. Kira aku tak kekok masa nak bergambar. Lagi best, sort of my old pal turut hadir.
Lepas majlis, aku tak terus balik Kolumpo. Gila balik terus, ramai kawan lama kot. Mesti sembang-sembang sambil mengarut yang bukan-bukan.
Sabtu lepas, aku ke Bukit Beruntung untuk majlis kahwin opismate. Kali nie, aku paling lewat sampai di tempat geng-geng opis nak konvoi. Gila ape, janji nak gerak pukul 12pm, tup tup dapat call pukul 11am depa dah siap nak gerak. Dah ganggu istiqamah aku dalam membuta sampai matahari naik. Sebagai balasan, aku gi basuh kereta dulu baru gerak ke tempat yang depa dok tunggu. Nasib baik ada jammed kat highway, ada alasan aku nak mengelat.

