Pagi-pagi lagi aku dah bangun, excited melampau nak pergi bercuti. Lepas solat subuh, tumpang abang aku pi KL Sentral. Menunggu bebudak nie angkut aku kat sana then truih pi LCCT. Oh ya, termasuk aku member-member aku yang turut serta ke sana adalah Adiy, Zach dan Zubet. Kesemuanya rakan-rakan masa study UiTM dulu kecuali Zubet bakal graduan arkitek UTM. Dalam perjalanan nak ke LCCT, pelbagai dugaan kami hadapi. Bayangkan, dari KL sentral nak ke LCCT ambil masa yang lama dan merentasi 3 buah negeri.
KL – N9 – Selangor
Punya dok sembang tak hengat dunia, susur keluar ke LCCT pun boleh tak cam. Dengan petrol dan kredit smartag yang cukup-cukup makan, dah ada tanda-tanda kami bakal di Port Dicksons jer. Nasib baik bertolak awal, we manage to arrived LCCT tanpa terlepas penerbangan kami.
Sebelum bertolak, ada pelbagai perkara yang aku dan rakan-rakan pelajari. Kira sedikit pengetahuan yang dapat kami kongsi bersama kalian.
- Tak payah bawa deadorant, mineral water mahaupun botol-botol container seperti syampu, perfume, gel sabun kerana pasti akan diambil untuk dispose. Hanya container/botol bawah 150ml/100ml (not sure) sahaja dibenarkan dibawa dalam penerbangan.
- Sila tukar duit RM ke currency negara yang ingin dilawati seawal-awalnya kerana di airpot mahupun KL Sentral. Tukaran/caj yang dikenakan adalah tinggi.
- Sila maklumkan company kad kredit anda tentang perjalanan ke negara-negara asing agar mudah penggunaan kad kredit itu nanti. Menurut Zubet, bank akan block kad anda jika lokasi dan info mereka perolehi adalah mencurigakan.
- Aktifkan servis roaming (rujuk syarikat telekomunikasi masing-masing) sebelum berangkat (lagi awal lagi bagus) ataupun beli simkad negara yang dilawati saat tiba disana (lehih digalakkan)
Pernerbangan selama sejam terbias begitu sahaja dek perilaku Zubet yang asyik dengan menghafal perkataan bahasa Thai. Frasa demi frasa dilafazkan sehinggakan aku terikut-ikut menyebutnya.
- Sawadikap – Hello
- Khan Khun karp – terima kasih
- khun swaimak – awak cantik
Sewaktu tiba di airport Krabi, Thailand sahaja sudah menampakkan langit tidak secerah seperti yang kami mahukan. Adakah kami silap memilih tarikh? Kalau ikutkan dari info yang aku perolehi, musim monsun bermula pada bulan ogos. Mungkin di bulan Julai adalah intro pada cuaca buruk yang bakal menjelma.
Setelah pemeriksaan di bahagian Imigressen, kami meluru keluar untuk mencari Tuk Tuk (motor beroda tiga). Tanpa mempedulikan teriakan gadis thai di kaunter taxi mereka, kami langsung keluar dengan hajat nak naik Tuk Tuk (murah sikit). Namun hampeh belaka, celah mana ada Tuk Tuk dikawasan airport. Lebur 100 Bhat (RM150) seorang, nasib baik naik Honda City agak berbaloi lah juga.
Dalam taxi, Zubet cuba bertutur dengan Bahasa Thai tunggang langang beliau berpandukan nota yang diambil dari internet agaknya.
Maka bermulalah kembara kami di negeri orang. Benda pertama yang pasti terlintas dikepala masing-masing jika ke tempat orang, mesti nak cari hotel mahupun chaletkan? Pengalaman aku dan rakan-rakan sewaktu di Krabi nie, mencari hotel mahupun rumah tumpangan melalui agent tourism orang miskin berlagak kaya. Terang aku katakan, Krabi adalah kawasan pelancongan, tiadayang murah disini. Bilik paling chokia pun 500 Bhat (RM50) untuk semalam terhad untuk dua orang sebilik. Memandangkan kami nie datang berempat, berpisah itu adalah perkara yang menakutkan jika datang secara bajet (duit cukup-cukup jer). Lantas, tanpa berfikir panjang masing-masing memutuskan untuk mencari sendiri rumah tumpangan tanpa bantuan agent tourism.
Sebelum itu, saat tiba di Krabi Airport, kami mendapatkan teksi (bukan chokia ya) dan terus ke Aonang. Buat pengetahuan semua, Aonang adalah sebuah hub untuk ke pulau-pulau untuk tujuan Island Hoping, Scuba diving, snorkeling dan banyak lagi. Pendek kata, Aonang adalah tumpuan pertama pelancong saat tiba di Krabi.
Dari satu hotel mahupun motel kami kunjungi, tiada satu pun yang sudi menerima 4 orang jejaka duduk sebilik dengan kadar yang rendah. Dalam kebasahan akibat hujan renyai-renyai (air bergelombang), kami terus mencari dan mencari lalu tiba di satu kawasan yang agak dekat dengan pantai Aonang dan strategik untuk menetap buat sementara.
Sea World GuestHouse, dengan kadar 600 Bhat (RM60) semalam, seramai 4 orang kami duduk sebilik. Kiranya, sorang 150 Bhat (RM15). Kat tempat lain tak dapat jack, semua stricted nak mampus. Satu bilik 2 orang jer, Mujurlah auntie (owner) nie leh kawtim baik punya, siap leh tawar menawar lagi. Kalau tidak, mau kena 800 Bhat (RM80) untuk dua bilik. Apa yang best, bilik yang diduduki nie lengkap dengan tv cable, aircond dan kipas, shower, 2 katil dan extra bed. Memang terbaik wa cakap lu. Kiranya, untuk sesiapa mai sini dengan kos yang cukup-cukup, Sea World GuestHouse adalah pilihan yang tepat dan terbaik, lokasi dia memang strategik, dekat dengan pantai, dekat dengan kedai makan, dan owner dia pun mesra.
Sebelah malam, kami just usha-usha keliling. Usha gadis thai mahupun europe, kot jodoh kami kat sini. Kata salah satu destinasi bulan madu di atas pelangi. Untuk makan malam, kami terpaksa menapak sebelum sampai ke kawasan Muslim food. Kat sini tak susah nak cari makan, tapi makanan yang ada ‘halalan toyibban” tue payah sikit. Kena banyak bertanya, kalo malas bertanya korang leh lepak jer kat bar-bar mahupun restoran yang menyediakan spaghetti berbola babi. Amacam, ada bran?
Sebelum pulang ke bilik hotel, kami mencari kaunter-kaunter tourism yang menyediakan pakej-pakej yang menarik untuk disertai oleh para pelancong (nanti aku citer tuk entry seterusnya). Aktiviti mengapak (tawar menawar) juga berlaku, kesian uncle satu kedai baju nie. Elok-elok jual baju dalam 150 Bhat (RM15), kami ‘ketuk’ sampai 100 Bhat (RM10). Lagi sadis, siap bergambar dengan tokey selepas aktiviti mengapak berjaya.
Nota Kepala Kombat:
1. Saat tiba di Krabi, anda digalakkan untuk terus sahaja ke Aonang berbanding menetap di Krabi Town. Sebab apa? Menurut kata satu keluarga dari Malaysia, Krabi Town takda ape-ape yang menarik melainkan Night Market (nie pun akan aku ceritakan di entry seterusnya).
2. Kebanyakan restaurant ‘Muslim Food’ agak mahal, nasi goreng biasa costly you 120 Bhat (RM12). itu baru nasi goreng, belum tom yam, siput sedut dan lain-lain. Makanan dia pun ada yang sedap dan ada yang kureng.
3. Untuk penginapan, tak payah nak amik yang gempak-gempak dan berhadapan dengan pantai bagai. Pantai dia tak menarik mana, aku nak berlari bogel di tepi pantai pun terpaksa batalkan niat tue. Cari yang murah dan strategik. Hindari dari agent-agent tourism kalau mencari penginapan coz ada caj tersembunyi dibalik rate yang diberikan. Walk-In Interview adalah yang paling baik.
4. Tolong check cuaca dan musim bila nak ke sini, kami pergi musim nak dekat-dekat Monsun, hujan renyai-renyai jer. Kadar rate (makanan, penginapan dan sebagainya) mungkin melambung kalau korang pergi sekitar November – Januari mungkin sampai ke Jun(time nie cuaca baik kalau tak silap.
5. Jangan dok berkira sangat, bila nampak sesuatu. Mula buat perbandingan nilai tukaran asing. Contohnya, jumpa baju sehelai 150 Bhat (RM15) terus kata mahal bila convert duit Malaysia. Nak bercuti, tapi berkira!. Kan boleh tawar menawar, kalau asyik fikir nilai tukaran tinggi. Baik kau duduk rumah jer, pi beli belah kat chowkit.
- My Krabi Escapade 2011
- Day 1: My Krabi Escapade 2011
- Day 2: My Krabi Escapade 2011
- Day 3/4/5: My Krabi Escapade 2011


Saya pun berada di Krabi Jumaat lepas. Padang Besar > Hadyat > Trang > Krabi. Ingat kot selisih
Adam Roslan recently posted..(TERKINI) Hotlink Perkenal BIS Lite & BIS Social Ganti BIS Bonus
ye ke? wah nie mesti ada selisih punya…hehehe
giler pandai tawar menawar… leaps tuh amik gambar hehe… bestnya pergi bercuti…
zik recently posted..Wordless wednesday 8(Spammer)
tawar-menawar tue penting..tambah2 kalo pi melancong secara bajet…hehehe
bro, boleh tau tau cost everthing dari penerbangan, hotel, makan roughly berapa? ingat nak jugak melancong bersama rakan-rakan ke luar negara… boleh menabung dari sekarang.. dulu pernah gak pergi thai, tapi atas lawatan universiti.. itu pun ada task di sana, tak dapat nak menghayati negara orang.. ingat nak pergi sekali lagi dengan tenang tanpa kekangan masa..
eastbullet recently posted..Semakan Keputusan Permohonan Ke IPTA Program Ijazah : Sukacita atau Dukacita
wah susah soalan nie…untuk tiket flight…airasia punya rate lah..aku pergi aritue masa promotion…dalam RM300…dengar2 ada yang dapat murah…kami beli tiket flight tue masa last day of promotion…bajet aku ke sana lebih kurang 6000BHAT (RM600++)….tue pun ada gak extra bajet…kira dalam RM700 lah aku belanja…my suggestion..kalau nak bercuti ke negara asean..lebih baik bawa duit dalam RM1k-2k…
kalau betul2 bajet macam kami…mmg dok motel..main satu-dua aktiviti…nak beli cenderamata pun tak banyak…
bile pi oversea ni mende paling malas aku nak amik port ialah bahasa dan mknn..sbbnya itu akan jadi isu bile di tempat org..hahaha..1st time pergi tempat tak biasa pergi aku tapow megi byk2.
catzer recently posted..Tolonglah..Jangan Pergi..
yup…bahasa ngan makanan rumit sikit…tapi I’m really surprised coz ramai warga thai pandai speaking…siap budak baru 18tahun pun sangat2 fluent…sebut meggi…mmg member aku tawpow…dah tue siap kena pow ngan kami…hehehe
pernah gi indonesia, singapura dan brunei sahaja. krabi lom masuk lagi..
ohcikgu recently posted..Berita GSTT terbaru – Govt to absorb temp teachers
krabi tumpuan pelancong…kira tak masuk pun takpe…hehe…wah cikgu pun rajin melancong ke?
seronoknya die pergi bercuti kt oversea.. tapi lau guna travel agency mmg mahal pun.. lau tau selok belok tempat lagi best..
fiezaradzi recently posted..Puasa oh, Puasa
Krabi… nice place!
Fadli recently posted..Himeji, Japan [MAY 2011]
exactly!!
antara dalm list nak pergi ni tempat ni..
madammondoq recently posted..Queen Victoria Market Melbourne
boleh ler bawa anak ngan hubby bila ada masa
wah lama tak singgah blog ni, ngah sakan bercuti rupanya huhu… nnt igt nak pi honeymoon krabi island lah hehe
aimannajmy recently posted..Jalan-jalan Padang Besar Part 2
hahhaa…blog nie pasang surut jer entry dia…honeymoon? hurm sesuai gak ke krabi nie
1st time bace blog ni.. x sengaja jmpe sbb tgh wat ‘research’ trip to krabis January depan………..
nice blog n i surely i will visit selalu sbb bahasa ko mmg giler slumber..nmpk sgt otak giler2 n hepi go lucky mcm geng aku jgk !
sila bawa duit banyak2…dan jangan lupa camera untuk snap pic sampai lebam…
ave a nice trip!
Sir Marcello recently posted..Cerita Sebelum Tidur: Duit
bro..salam..wah..
aku nk pegi next year ni..dh beli tiket pn..
fuh..low period blackout..harap2 ok..
janji bawak banyak duit tuk try macam2 xtvt…beli selai dua baju jadi lah~
salam,
mmg plan nak g krabi hujung taun nie… tp camne nak dptkan package / ada mana agency yg boleh sy contact tak??
wah kalo package nak ke sana tak tahu pula saya…kami hanya beli tiket flight dan terus terbang tanpa perancangan nak stay mana etc…