Posted by Sir Marcello on Wednesday,1 September, 2010 in Dunia
Menurut berita yang disiarkan oleh Tv3 sebentar tadi mengenai isu protes dan keliaran segelintir rakyat Indonesia terhadap negara ini menarik perhatian aku. Kononnya, mereka yang terlibat dalam keseluruhan proses tunjuk perasaan, bakar bendera dan melempar najis ini adalah kumpulan yang telah dibayar khas untuk aktiviti keji ini. Senang cerita, wujudnya sebuah bisnes yang menawarkan perkhidmatan sebagai penunjuk perasaan di sana.
Tambah menarik seperti yang dilaporkan oleh berita Tv3 sebentar tadi, sebuah kampung yang rata-ratanya tersepit oleh garis kemiskinan yang teruk bersedia menjadi pak sanggup melakukan onar asalkan menerima bayaran yang belum tentu setimpal malah memalit imej persaudaraan antara dua negara yang berjiran ini. Menurut salah seorang penduduk desa tersebut, rata-rata penunjuk perasaan ini akan di bayar sebanyak RP40,000 yang hampir RM15 jika di convert ke matawang negara kita. Menurut pemberi maklumat itu lagi, selain ganjaran wang ringgit, penunjuk perasaan juga diberikan nasi bungkus sebagai ganjaran lain atas kesedian mereka berjuang sambil menyanyikan lagu Maju Tak Gentar bagi menaikkan lagi semangat ahli yang lain.
Apa yang aku nampak menerusi laporan yang dibentangkan oleh pihak TV3 adalah mengenai kewujudan penunjuk perasaan dari negara jiran terhadap kedaulatan negara kita adalah berpunca dari “tangan-tangan tersembunyi“. Masa aku bergiat aktif dengan saluran muzik bawah tanah, istilah tangan-tangan tersembunyi cukup popular di Indonesia di mana kapitalisme menghukum orang kecil, menjerat golongan petani dan membinasakan perjuangan untuk terus hidup. Mereka ini (tangan-tangan tersembunyi) terdiri daripada golongan-golongan pemerintah dan orang-orang kaya yang mengambil kesempatan keatas mereka yang sentiasa tersepit oleh faktor kemiskinan.
Tapi aku masih lagi rasa sangsi soal kewujudan aktivis tunjuk perasaan yang telah dibayar ini. Adakah memang benar mereka hanya jadi pak turut setelah disogok oleh wang ringgit dan sebungkus nasi? Atau memang benar disetiap sudut dalam hati bangsa Indonesia itu ternyatanya memang ada yang membenci tetangga mereka Malaysia?
++ barat terus tertawakan kita ++
hmm.. logik gak kebanyakan mereka2 nih “dibayar” dan juga logik segelintir rakyat sana “kurang senang” dengan “jiran tetangga” mereka.. Bencana alam sering “singgah” Indonesia sebagai amaran Allah namun situasi mereka tetap x berubah..
–> Barat memang kejam.. tp Timur lebih kejam sebab gemar perang saudara.. -_-”
kyo_9 recently posted..独立記念日 Independence Day
yup…perang saudara/dingin kebanyakannya di sebelah timur…kebanyakannya disebabkan oleh fahaman/ideologi yang berbeza…
contoh terdekat korea utara/selatan
kalo dh miskin, demi sesuap nasi sanggup wat pe jer..n mybe jgk de ahli politik yg cuba keruhkan suasana utk dptkan perhatian sbnrnya
tp aku br je wat report ‘group ganyang malaysia’ kt fb
ann recently posted..Kucing balas dendam
hang tulis report tuk assignment ke apa?
manusia sukar dijangka sikapnya…sanggup buat ape sj demi kepentingan…dlm hal ni..demi RM15 dan sebungkus nasi..manusia ini menjadi pak turut..tidak sedar akan kesan perbuatan mrk…mula la naik bengang walhal diorang ni xpaham pe pun….
kemiskinan mengheret kita jauh dari tuhan..bila dah miskin sangat…tiada kesedaran dan nilai murni dalam diri..mula lah sanggup buat macam-macam…
risau baca berita kat seberang ni, sebab ada ramai gak kawan2 malaysian yg kat sana…harap2 semua selamat….
Liza recently posted..Typical Malaysian Attitude
kedutaan kita pun boleh terancam dengan teruk…apatah lagi kawan2 di sana…semoga diorang selamat hendaknya
dgr citer ada satu U tu halau pelajar Malaysia.
Allahu’alam.
Baru baca smlm/tadi kt suratkhabar kalau tak silap.
dulu ada gak jadi cam nie..kalo tak silap universitas gajah mada yg sekat kemasukan pelajar baru dari malaysia…
trus batalkn niat nk bcuti kt sna.. tkut la..:(
NuNu EeRa recently posted..semangat patriotik
tunggu keadaan dah reda..baru lah rancang semula perjalanan ke sana ya
keadaan disana memang terdesak…dengan krisis kemiskinan… sob2… so mereka sanggup lakukan apa sahaja… demi sesuap nasi…
zik recently posted..Namewee bikin panas!!
yup..asalkan leh kenyang perut mereka untuk hari tue jer…buat apa pun depa sanggup
terlalu terang menerang tindakan dorg tue…
entah la ape yg dorg fikirkan… perlu ke satu persatu bala di turunkan kepada mereka
Bro Framestone recently posted..Post Moterm Gathering GengBlogger @ Shah Alam 2010
nak cakap diorang diuji tuhan akibat dosa-dosa mereka..tak leh juga..kemurakaan tuhan bukan kita tau..semoga kita dan mereka yang beragama Islam dijauhkan dari segala bala..
huhh, macam-macam cara orang buat duit sekarang ni
kulanz recently posted..Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2010
duit kuasa dunia..semuanya dikawal oleh duit
hmm, memang aku dok suspect dari dulu lagi, mesti ada kaitan dengan sesuatu setiap tindakan puak2 tu
etomyam recently posted..Ismail Omar Ketua Polis Negara
betul tue…sebab ada gak yang menyelar tindakan mereka..macam isu ganyang dulu..siap geng depa kat malaysia buat slogan “no ganyang but kenyang”
haha.
“no ganyang but kenyang” ?
mcm best
kalo tak silap aku lah…warga indonesia yang bertapak kat sini yang buat slogan cam tue..lama dah…masa isu sweeping lagi…
macam tu ka?
kira dorang ni kerja buat tunjuk perasaan lar aaah?
zezebel recently posted..My hand need lotion
yup..dalam berita tengah hari kat tv3 habaq cam tue..satu kampung sedia jadi penunjuk perasaan…
siot tol perangai.
yang aku tau kat indon, mmg ada diskriminasi.
yg kaya, kaya gila, yang miskin, miskin sgt.
sampai kena tekan.
mungkin dlm hal ini, yg kaya cuba ambil kesempatan.
macam tue lah mainan dunia…
kalo satu hari nanti negara kita kena serang..yang miskin2 nie lah yang akan pertahankan negara..yang kaya kemas barang cabut pi tempat len…
tapi x patut la sampai bakar bendera kebanggan kita…rasa tercabar kedaulatan negara kita bila bendera kemegahan kita di pijak,dibakar, dilumur najis…alhamdulillah kita masih ada sifat bersabar n bertamadun…xperlu nak balas balik apa mereka buat…tapi persoalan nya sekarang sampai bila kita nak bersabar….entahla
yup tue aku setuju…sampai bila leh bersabar? kalo ikutkan hati..selamba jer aku lanyak mereka yang dari seberang tue…tapi kita sama manusia..rambut sama hitam..hati lain-lain..
kena respek sesama kita..mungkin hanya segelintir jer marah tapi dengan cara yang salah…
diorang bengang kot sebab malaysia hantar diorang balik indon