Awal Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Okay cukup satu rangkap, lebih-lebih tak sedap pula didengar orang. Pitching ke laut habaq ang. Nie nak tanya hangpa semua? Sapa sini tak tau ape tue Awal Muharram atau selalu disebut orang tahun hijrah?
Bagi Muslim, of course tau punya tapi Non-muslim pun mesti tau juga kan? Nak sembang satu persatu memang payah. Tapi, bagi yang tak tahu tue sila rujuk buku-buku ilmiah mahupun google sendiri. Apa yang boleh aku terangkan dalam bahasa mudah, Awal Muharram nie lebih kurang New Year mengikut kalendar Masehi mahupun Chinese New Year. Bagi orang Islam, kami mengira putaran kehidupan ini berdasarkan kalendar Hijrah.
Kalau tak silap aku, sekarang nie dah tahun 1432 hijrah. Mesti ada yang pelik, awat lambat sangat kalendar Hijrah nie? Lain sangat ke? A’a lain bai, nak tau lebih lanjut kena lah google sendiri ya. Kalendar Hijrah nie lebih kurang sama jer dengan yang lain, juga terdapat 12 bulan di dalamnya. Nak aku nyanyi gak ke lagu bulan dalam tahun Hijrah?
Read More“Islam banyak cuti lah..prophet day..raya haji..bla..bla..” bebel sorang member Chinese gua kat opis
Banyak benda nak tulis dalam minggu nie. Dari soal peribadi hinggalah ke perkara-perkara yang boleh dibuat bahan untuk menganjing. Kebanyakkan blogger yang sentiasa busy pasti dah prepare draft untuk entry-entry ‘coming soon’ mereka. Tapi tue lah kan, komitment yang makin berkurang membuatkan aku gagal mempublish entry-entry baru.
Malas? Mungkin juga, tapi aku lebih gemar menggunakan perkataan letih. Serius, kebelakangan nie busy memanjang. Bukan aku tak buat draft untuk entry-entry terbaru, tapi kalau hanya mendraft dalam kepala hotak memang tak terpublish punya. Nexweek, akan merajinkan diri mengupdate blog.
Kesihatan aku pun makin terjejas kebelakangan nie. Nak cakap kurang makan makanan seimbang pun tak juga. Hari-hari makan makanan berkhasiat. Jumaat lepas, ada lah pi buat medical check up (ada kempen kesihatan) dan seperti dijangka, ada satu part mesti gagal punya. Nak pi buat pemeriksaan secara official, lagi lah aku malas. Ada sesapa tau cara nak menurunkan kadar tekanan darah? [miyahaha~]
++ aku yang malas ++
Read MoreMalas nak menulis panjang-panjang, aku buat summary jer pasal Hardfever.com bulan lepas. Hurm, penulisan aku pada bulan lepas pun hampir separuh kurang (hanya 23 entry) kalau nak bandingkan penulisan pada bulan August (mula-mula memang pulun menulis). But not bad, asal ada yang berinformasi cukuplah kan?
Traffic? Part nie malas nak ulas. Standard lah turun naik. Korang pun leh bayangkan rupa graph traffic yang masuk ke sini. Pasal keyword pula, ramai pengunjung yang sesat kat sini berpandukan keyword Luca Lucas. Siapa Luca Lucas? Boleh usha kat sininie [Link].
Yup, ada sesetengah isu yang meletup-letup kat luar sana langsung tak disentuh. Dari kes main bakar-bakar sehingga cerita Hari Malaysia dari pandangan mataku yang kudus. Penulisan bulan lepas lebih banyak ke arah cerita personal. Malas nak mengulas even ada kawan-kawan bagi idea suh tulis tentang issue tue. Hotak korang, kang tak pasal-pasal aku masuk jail takpun muncul group anti aku kat fesbuk.
Oh ya, macam biasalah kan kalau jadi penulis nie, kau tulis benda-benda baik pun salah, tulis yang tak baik lagilah salah!. Yes, I admit bahawasanya aku dapat kutukan, sindiran malah kata-kata yang kurang membina. Tapi gua peduli apa? Miyahaha~ Aku tetiba ada plan baru nak menulis pasal community, tapi cam tak best jer kalau pakai kamera biasa mahupun SE K530i nie. Takpelah, aku postponed jer lah. Miyahaha~
++ nak tulis pasal banduan bilik akhir lah pula ++
Read More
Selama beberapa hari nie, aku sangat-sangat busy. Sampaikan nak menyentuh laptop nie pun takda masa. Memang teruk bebenor bila melihatkan comments yang ada tidak berbalas. Sorry guys, nanti malam aku balas. Btw, aku perasan beberapa entry kebelakangan nie banyak menggunakan kata ganti nama ‘gua’. Sungguh kasar pula bunyinya, tapi ada lu orang kisah?
Sometime, aku suka guna kata ganti diri macam tue. Tapi memandangkan ada pembaca dibawah umur (adik ko study lah!!), maka siri-siri menganjing dan kata-kata berunsurkan madafaka akan cuba dikurangkan. Miyahaha~
++ sengal-sengal badan tak hilang lagi ++
Read MoreAlhamdulillah, Ramadhan kali ini berjaya disempurnakan dengan baik tanpa banyak halangan. Lulus atau tidak, hanya tuhan sahaja yang tahu. Maaf dipinta kepada para commentor untuk entry lepas kerna tak sempat nak reply comment hangpa suma, aku betul-betul sibuk dalam membuat persiapan hari raya kali nie. Banyak sungguh kerja nak kena buat dan seperti tahun-tahun sebelumnya, khidmat aku sentiasa diperlukan di dapur. Ops, bukan sebagai chef tau tapi sebagai tukang rasa yang berpengalaman. Mungkin deria rasa ataupun sikap cerewet dalam merasa makanan itu menjadi punca aku selalu terpilih sebagai tukang rasa masakan yang ada.
Dalam rumah nie ada dua chef, abah dan mak aku yang kuat membebel. Dari bab membantu menyediakan bahan-bahan hingga ke part merasa, memang aku lah orangnya. Abang aku terlibat dalam kerja-kerja mengupas bawang dan seangkatannya, adik laki aku lak sibuk dengan lampu lip lap (lampu raya) beliau di luar rumah, dan si kecil (pompuan) pula tak abis-abis dengan kuih rayanya. Semua busy bukan main, nak minta tolong pun susah apatah lagi nak memberi peluang untuk aku menuang jalan-jalan di pekan sambuk usha amoi-amoi yang ada.
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam AidilFitri buat semua kawan-kawan blogger dan pembaca HardFever.com, kepada yang hantar SMS raya kat aku, sorry banyak-banyak pasal tak balas SMS korang. Malas sungguh nak reply, miyahaha…Akhir kata, Maaf Zahir & Batin dari hujung rambut hingga hujung kaki kanan korang kalau ada salah dan silap. Btw, dari sepuluh kad raya yang aku kirim kat kawan-kawan dulu, hanya satu jer dah sampai ke tuannya pagi tadi. Memang kena ngan timing dia, wa cayalah lu abang posmen!!!.
++ salam aidilfitri buat kalian ++
Read More
Sebulan sudah berlalu sejak gua memindahkan HardFever dari blogspot ke self hosted. Dalam tempoh itu gua berjaya menulis 45 entry picisan untuk mengisi masa lapang. Rasa rugi pula entry-entry lama kat pelantar blogspot dulu tak boleh disedut ke mari disebabkan beberapa masalah kebengongan diri yang melampau. Lagi buat gua angin satu badan, semua link-link blog yang rajin diusha hilang entah ke mana. Dari terus melayan gua merapu, baik lu orang usha analisis keyword yang selalu digunakan dari nuffnang untuk bulan lepas dan entry cambest yang menjadi pilihan pengunjung (analisis ikut suka aku).
.
Keywords Sengal Sepanjang Bulan Ogos
Keyword tonton tv3 online antara yang paling kencang sekali untuk bulan lepas difollow rapat oleh keyword mangga stream. Kedua-dua keyword nie gua saspek keja bebudak IPT yang rajin sangat baca manga dan nak tengok tv secara online. Kalau lu orang tengok secara zahirnya memang takda langsung keyword ala-ala SEO tue sebab gua memang tak pandai (malas sebenarnya) bab-bab camnie kecuali zaman dipelantar blogspot [miyahaha].
.
Entry Cambest Bulan Ogos
Edisi Berbuka Puasa
Entry nie terletak dalam kategori personal, tiada apa yang menarik melainkan kisah berbuka puasa para manusia yang kelaparan didalamnya. Pic yang di snap pun tak cantek sangat coz snap guna henpon burok wa nie.
http://www.hardfever.com/personal/edisi-berbuka-puasa/
.
Bahana Print Screen
Entry ini ditulis gara-gara kesengalan rakyat Malaysia yang gagal menggunakan fungsi Print Screen yang terletak di atas keyboard lappy or desktop masing-masing. Entry nie ada kaitan dengan laman social network fesbuk kebanggan ramai.
http://www.hardfever.com/miscellaneous/bahana-print-screen/
.
Mereka Komuniti Tercela
Dalam entry nie gua cuba mengupas sedikit mengenai isu pengemis yang terdapat di ibu kota. Mereka ini kebanyakannya telah didalangi oleh sindiket yang masih teguh dalam industri meminta-minta. Mana pergi penguatkuasa? Kenapa makin ramai pengemis di tengah kota yang pesat membangun?
http://www.hardfever.com/personal/muhasabah-diri/mereka-komuniti-tercela/
.
++ next month gua buat review hensem-hensem ++
Read More