…..dragon ball ada tujuh biji semuanya hohoho..okay, lame joke! Happy Chinese New Year to all my friends..enjoy ur family gath! Let’s start firecracker and wake the dragon~
Category Archives: Admin
Antara Bakso Dan Laksa
Jam 8 malam nanti, segala laki-laki mahupun para wanita akan melekat depan tv masing-masing. Baik tua mahupun muda, kaya mahupun miskin. Semua akan mencapap depan tv untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia. Aku berani kerat kuku di malam hari menyatakan bahawa kedai-kedai mamak seluruh Malaysia akan penuh.
Ini belum final, tapi bahangnya punyalah panas sampai ke bontot penyokong kedua-dua negara. Provokasi di antara satu sama lain dah bermula dari beberapa hari lepas. Lucunya, hanya bola sepak yang jadi tumpuan provokasi kedua-dua belah pihak berbanding sukan lain. Apa-apa pun, semoga maju jaya Malaysia!
Selamanya, Harimau Malaya!
Hello World..I’m Back!
Wow, hampir 2 bulan aku tak menulis di sini. Penuh comment box dengan spam-spam yang merepek-repek. Banyak benda berlaku, kalau nak tulis pun semuanya bersifat peribadi. Harus mula dari mana?
Ah, lupakan perkara yang sudah berlalu. Harus maju kehadapan, menulis hal sendiri tanpa berfikir tentang yang remeh temeh. Okay, Selamat Pagi!
Seni Yang Tumpul
Rasa macam dah lama lah pula tak menulis. Bila baca entry yang lepas, bukan main mengada-gada konon nak kemaskini blog nie setiap masa. Sekali, berhabuk macam bilik aku jer (now dah kemas okay!). Banyak perkara menarik terlepas begitu sahaja tanpa sempat aku memberi pandangan sepatah dua.
Paling tak tahan, isu kenaikan RON 97!! Lahanat sungguh, aku tak marah pasal harga naik (ada lah sentap sikit), yang mebuatkan kemarahan aku meluap-luap ibarat letusan gunung berapi nie bila Shell kat area kediaman aku boleh pula habis!. Bayangkan selama tiga hari tertera sekeping nota “habis” di setiap nozel kaler hijau tue. Mau tak bengang dibuatnya, tak pasal-pasal aku kena isi minyak jauh dari rumah. Mula-mula aku anggap biasa-biasa jer minyak habis, sekali usha kat fesbuk dah ada khabar angin RON97 naik 20 sen. Pergh, esok pagi aku pi stesen minyak, teruiiiihhhh ada!!
Okay cut the crap, menyampah pula bila kenang benda-benda macam nie. Nie nak habaq sikit, sebelum nie aku ada tulis nak buat logo or upah orang buat kan? Tapi memandangkan aku nie suka mencuba sebelum surrender, so aku create satu logo baik punya. Idea memang mencemburui aku, langsung takda nilai kreativiti pun.
Okay, kat atas nie first trial. Bajet nak buat logo ala-ala emoticon muka orang sakit bagai. Tapi, disebabkan kebangangan yang ada (tak buat research) size resolusi dan sebagainya jadi lintang pukang. Ini hasil minggu lepas, tapi aku tak jadi nak gunakan sebab sangat tak awesome seperti amoi sebelah rumah cakap.
then, lepas maghrib tadi cuba lah create logo yang simple dengan motif “awek mesti mari”, tetapi gagal juga. Lastly, jadi juga satu logo mahakarya simple nak mampus tapi penghasilan yang kurang sempurna.
Amacam? Cantek tak? Boleh jadi daya penarik untuk awek-awek masuk blog nie? Lelaki? Kalau yang lelaki leh tertarik, sila tumbuk muka sendiri (pinjam ayat member aku). Logo nie untuk para amoi lenglui dan gadis manis jer. Nie hadiah untuk korang kerana sentiasa cantik hatta sewaktu period pain.
Miyahaha~
Macam lahanat!

