Tentang Aku…
Dikenali dengan pelbagai nama oleh rakan-rakan, tetapi lebih gemar menggunakan Sir Marcello sebagai nama pena di Blogsphere. Berusia awal 20an dan sudah bekerja di sebuah company Inggeris. Aku seorang yang simple bila berpakaian tetapi kelihatan selekeh bila di mata para gadis. Seorang yang sangat malas berfikir terutamanya dalam perkara remeh temeh seperti kira-kira.
Suka pada aktiviti lasak namun terpaksa dipendamkan minat itu disebabkan tak mempunyai rakan sekepala. Seorang yang agak kepochi bila berada dalam zon selesa. Tetapi, kerap kali dituduh sombong kerana tidak pandai bergaul dengan orang yang baru dikenali.
Mempunyai suara ala-ala rock (garau) membuatkan aku tidak boleh menjadi seorang yang romantik. Agak kasar dalam berbicara dan tak pandai mengambil hati para gadis. Ramai berangapan aku seorang yang kedekut, ternyata tanggapan mereka itu jauh tersasar kerana aku seorang yang pemboros dan tak pandai mengawal kewangan. Namun, meminta-minta mahupun pinjam meminjam adalah Taboo!!.
Dari konteks lain pula, aku seorang yang suka mengembara. Dari Perlis sampailah ke Sabah sudah ku redah. Pendek kata, seluruh negeri di tanah air telah terhirup udaranya. Mungkin tak semua daerah, namun kehadiranku di setiap negeri, sudah kurasai udaranya sama seperti di mana kalian bernafas ketika ini.
Tentang Blog…
Mula aktif menulis blog sekitar tahun 2008 semata-mata untuk seseorang. Menulis perihal diri sendiri sehingga melarat-larat ke laut. Kini aku bukan penulis tegar yang aktif menulis setiap hari. Komitment pada tugas di office seringkali menjejaskan prestasi blog ini.
Ini adalah sebuah blog peribadi, tetapi bukan bacaaan sendiri. Sudah jadi lumrah orang yang kepochi, ada sahaja perkara yang ingin dikongsi bersama. Kurang berinformasi jauh sekali bermotivasi, tapi aku ingin kalian berkongsi apa yang aku rasa, dengar, lihat dan sebagainya.
Mengapa HardFever? Unik bukan? Aku sendiri sudah lupa bagaimana nama ini boleh muncul dalam kamus memori yang tumpul. Namun demikian, HardFever sendiri ada maksud tersirat yang sering menjadi misteri dalam diri ini. Adakah sejarah kesihatan aku yang kadangkala membingungkan menjadi chemistry antara kami?
