Bertolak dari Kuala Lumpur sekitar 2.30pm Jumaat 19.04.2013. Ikutkan aku kena naik bas bersama colleagues yang lain, tetapi disebabkan nak solat Jumaat terlebih dahulu, pihak comittee memutuskan aku dan seorang lagi colleague menumpang kereta bos dari department lain. Naik Honda Accord, seat belakang pula tue. Macam bos lah pulak!.
Daily Office #4: Kembang Bontot
Every day I saw you wearing smart attire. I am really inspired.
Kata-kata ini sudah cukup buat aku bersemangat
Lebih-lebih lagi diucapkan oleh bos besar
How I react?
Kembang bontot, tesipu-sipu menahan kentut
Rasa bangga bila ada yang sedar kewujudan aku
Aku pakai baju yang tak berapa nak baru
Kalernya lusuh agaknya
Sengaja aku pakai hari ini
Mulanya sekadar ingin menyarung baju berkolar
Jadi rajin tiba-tiba…
Continue reading
Bukan Pi TiDo – Exam PTD Gred M41
Semalam aku pergi jawab exam PTD Gred M41 dekat sebuah sekolah berdekatan dengan ofis. Mujur exam hari Sabtu, tak lah clash dengan apa-apa aktiviti kecuali menonton KBS World pada petang Sabtu.
Pindah Rumah
“It was cloudy on that night” kata dua beradik Jonas.
Yup, cuaca sejuk sampai ke tulang punggung. Seperti lari dari bebanan hutang keliling pinggang. Satu persatu barang-barang peribadi dipacked dengan kasar, bagai tiada langsung perancangan.
Berbekal doa cekal dalam hati, lafaz bismilllah sebagai pemulanya. Sebelum itu, tercoret di dinding muka buku, perihal perjalanan ini (amboi! sempat update fasebuk!).
Pukul 1 pagi perjalananan bermula. Satu langkah baru menuju destinasi. Selamat tinggal Kuala Lumpur, semoga berjumpa lagi Segambut. Bismillah~
Yup, aku pindah rumah. Sejak datang ke Kuala Lumpur, ini kali pertama aku berpindah keluar dari tempat mula-mula membina kehidupan di alam perkerjaan. Its too fast, tanpa sebarang peracangan, aku memilih untuk berhijrah ke negeri lain. Bunyi macam jauh, tapit ak jauh mana pun antara kediaman lama iaitu Segambut dengan kediaman baru di Batu Caves. Kurang lebih 15mins sahaja jarak perjalanan. Tapi, kalau pindah sikit-sikit menggunakan kenderaan sendiri nie leceh. Nak jimat kos dari menyewa lori, itu pasal angkut barang sikit-sikit. Apa yang bongek, pindah rumah pukul satu pagi dalam hujan. Tak pasal-pasal esoknya berat kepala *migrain*.
Sebenarnya, aku berat hati nak tinggalkan Segambut dan flat yang horror nie. Banyak kenangan woi!. Mula-mula dulu, berat gila hati nak pindah walaupun rumah dikediaman baru sudah terpatri perjanjian sewa antara aku dengan pemilik rumah. Masih duduk, tinggal rumah lama semata-mata berat hati pergi tempat baru.
Apa-apa pun, aku dah siap tidur, mandi dan solat di sana. Kiranya, proses penghijrahan tue berjaya, walaupun aku asyik ulang alik rumah lama yang kini diduduki oleh abang aku. Line internet takda kat sana, terpaksa buat muka seposen datang ke sini.
Daily Office #3: How’s Business?
Petang tadi, dalam keadaan tergesa-gesa nak keluar menghirup udara segar akibat keletihan menghadap skrin komputer yang penuh dengan pelbagai benda yang menyesakkan kepala. Terserempak dengan bos besar yang jarang-jarang muncul di Malaysia.
Sebaik terbuka sahaja pintu utama, sekilas kelibat bos besar Mr. Tony yang merangkap Ketua Business Unit Asia Pasifik yang mahu menuju ke Board Room untuk sesi mesyuarat beliau. Orangnya tinggi lampai, orang putih. Baka mat salleh nie lain macam sikit kalau nak bandingkan dengan kita orang Asia yang kecil molek tapi kacak macam aku.
*kadangkala saya suka bercanda
Belum sempat aku menegur, beliau terlebih dulu berbudi bahasa bertanyakan perihal khabar aku ketika itu. Seperti biasa, aku menjawab sekadar membalas keramahan beliau. Fikirku, itu hanya rutin bertanya khabar seorang bos dengan staffnya. Jangkaanku meleset tatkala Mr. Tony memberhentikan langkah beliau lantas menyebut:
“How’s Business?”
Aku yang agak gopoh untuk ke lift terus terhenti seketika, untuk mendengar dengan lebih jelas apa yang cuba beliau tanyakan. Mula-mula agak kebingungan, apa pula mat salleh nie nak bertanyakan perihal business syarikat kat aku yang terletak paling bawah dalam tangga hierarki syarikat.
Beliau kembali bertanyakan soalan yang sama dan menambah dengan lebih detail apa yang aku ‘lihat’ tentang business company. Dengan pantas aku berkata-kata mengenai situasi semasa, keadaan pasaran yang penuh dengan persaingan dan bagaimana syarikat mampu menapak lebih laju kehadapan. Sebenarnya, bukan bidang atau department aku yang tahu untung rugi syarikat. mujurlah sikap ingin ambil tahu dan sibuk nak tahu banyak perkara tentang industri membantu aku berinteraksi dengan beliau.
Entah faham atau tidak apa yang aku katakan, tapi kelihatan Mr Tony teranguk-anguk tanda setuju dan sempat juga beliau memberikan kata-kata semangat untuk aku lebih berkerja keras. Jarang oranh-orang berkedudukan seperti beliau ingin bertegur sapa dan meluangkan masa untuk mendengar bebelan staff kecil seperti aku nie.
Apa-apa pun, sedikit kecerian terpancar dalam hati. Biar kecil peranan aku dalam syarikat, tapi kalau ada orang sebesar beliau yang menegur dan meluangkan sedikit masa untuk berborak dah cukup bertuah rasanya.
p/s: makwe depan workstation aku, dah pindah ke station lain, agak jauh dari pandangan mata…sob…sob
Daily Office #2: Menghapuskan Kecelaruan
Semalam, sesi penilaian prestasi ala-ala KPI bersama team leader. Sesi antara aku dengan team leader berlangsung dengan suasana yang agak tegang tapi terkawal. Sebelum ini, sesi bertegang urat ini berlangsung sekitar 15 minit – 20 minit. Tetapi, kali ini agak lama sehingga hampir 2 jam aku duduk bersemuka. Ini bukan kali pertama sesi seperti ini dilaksanakan malah ia menjadi salah satu rutin/polisi company aku yang dilaksanakan setiap dalam 3-4 bulan, Kiranya, dalam setahun tue aku akan duduk bersemuka dengan team leader berbincang/bertegang urat soal prestasi, behavior dan lain-lain.


